50 Pelajar Dilantik Mengangotai Majlis Kolej Kediaman Sesi 2023

KUALA NERUS, 15 Mac - Seramai 50 orang pelajar telah berjaya melepasi fasa temuduga pemilihan dan dilantik mengangotai Majlis Kolej Kediaman bagi sesi akademik 2023. Majlis penyampaian watikah pelantikan dan meraikan sumbangan ahli MKK sesi sebelumnya telah diadakan pada 14 Mac 2023 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun, Kolej Kediaman Kampus Gong Badak.

Majlis ringkas tapi penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Dato’ Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz Yusoff dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Pejabat PTNC HEPA dan Kolej Kediaman & Kesihatan Pelajar (KKKP).

Dalam ucapan perasmian, TNC HEPA telah mengingatkan barisan ahli MKK yang baharu agar ikhlas menerima amanah dan memikul tangggungjawab yang diberi dengan sebaiknya. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada mantan MKK diatas segala keringat yang dicurahkan sepanjang memikul tugas.

Terdahulu dalam ucapan alu-aluan, Pengarah Kolej Kediaman, Dr. W Omar Ali Saifuddin Wan Ismail telah menyampaikan ucapan tahniah diatas pelantikan beberapa orang mantan MKK sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar baru-baru ini.

Majlis diakhiri dengan penyampaian watikah pelantikan dan sijil penghargaan serta pembacaan ikrar oleh Yang Dipertua MKK baharu, saudara Mohamad Zulkifli Mat Hussin.

 

Cetak