TAKLIMAT PENYELENGARAAN KEROSAKAN KECIL KEPADA FELO

 

KUALA NERUS. 12 Mac - Seramai 9 orang felo dari Kampus Gong Badak telah menghadiri taklimat penyelenggaraan kerosakan kecil yang disampaikan oleh staf penyelengaraan Pejabat kolej Kediaman Kampus Gong Badak. Ini merupakan taklimat kali pertama yang dianjurkan berkaitan kerja-kerja penyelengaraan bagi tahun 2023.

E-Aduan Kerosakan merupakan saluran utama yang digunakan oleh pelajar-pelajar yang menginap di kolej kediaman untuk melaporkan sebarang kerosakan atau situasi merbahaya bagi tindakan susulan dari Pejabat Kolej Kediaman.

Secara umum, pihak pentadbitran kolej kediaman menerima banyak aduan berkaitan kerosakan dalam pada hari bekerja namun ada di antara aduan yang diterima selepas waktu pejabat atau pada hari minggu dan kelepasan am.

Realitinya, tempoh masa yang diambil oleh staf penyelenggaraan untuk sampai selepas waktu pejabat agak panjang memandangkan jarak rumah dengan kampus agak jauh.

Jadi disinilah terletaknya tugas dibahu felo selaku individu paling hampair dengan lokasi untuk turun melihat aduan dan melakukan kerje-kerja pembaikian awal bagi kerosakan kecil sepeti kerosakan tombol, paip dan blackout. Namun sekiranya didapati kerosakan agak serius dan berisiko, staf penyelenggaraan akan dipanggil untuk melakukan kerja pembaikian.

Bagi kes diluar kawalan seperti binatang berbisa, pihak felo akan mendapatkan bantuan dari Jabatan Keselamatan UniSZA untuk menyelesaikan aduan yang diterima.

Penolong Pengurus Asrama di Kolej Kediaman C, Alias Mat Amin selaku penganjur program  amat mengharapkan agar semua felo dilengkapi dengan ilmu kerja-kerje penyelenggaraan kerosakan bagi meminimakan risiko kerosakan dan melindungi penghuni kolej kediaman dari risiko bahaya.

Program selama tiga jam ini telah dirasmikan oleh Pegawai Tadbir Kolej Kediaman, Puan Wan Iylia Syaheera Wan Abd Aziz selaku wakill pengarah bertempat di bilik aktiviti kolej kediaman.

Cetak