TAKLIMAT MYPORTFOLIO DI KOLEJ KEDIAMAN & KESIHATAN PELAJAR

KUALA NERUS, 26 Januari – Satu taklimat berkenaan dikumentasi MyPortfolio kepada staf Kolej Kediaman & Kesihatan Pelajar telah diadakan pada 26 Januari di Dewan Ibnu Khaldun, Kampus Gong Badak.

Taklimat yang disertai oleh semua staf KKKP bagi Kampus Gong Badak dan Perubatan sini turut dijalankan secara atas talian bagi staf di Kampus Besut yang tidak hadirkan diri secara fizikal.

Encik Tengku Mohd Redzuan Abidin Tengku Sulaiman, Penolong Pendaftar Kanan di Pejabat Pendaftar telah dijemput sebagai penceramah untuk mengendalikan sesi penerangan berkenaan pengisian MyPortfolio.

Secara ringkas, MyPortfolio merupakan medium baharu yang menggantikan Job Description (JD) manual bagi tujuan maklumat penjawatan staf di Pusat Tanggungjawab UniSZA.

En Rusdi bin Muda selaku Timbalan Pendaftar  di KKKP telah sudi berucap mengakhiri sesi taklimat dan berharap agar semua staf sentiasa cakna dan menyiapkan MyPortfolio ini dengan lengkap serta teratur.

Cetak