SESI TOWN HALL BERSAMA TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEPA)

KUALA NERUS, 15 Januari – Sesi Town Hall bersama Timbalan Naib Canselor (HEPA), Dato’ Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz Bin Yusoff telah diadakan pada 15 Januari 2023 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun, Kampus Gong Badak.

Sesi Town Hall ini dihadiri oleh wakil Pusat Tanggungjawab di bawah Pejabat TNC (HEPA), Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), wakil Timbalan Dekan HEPA fakulti, Pengetua Kolej Kediaman, Pegawai-pegawai HEPA dan staf yang dijemput.

Objektif sesi ini adalah menjadi medium dan platform dalam membincangkan isu-isu berkaitan hal ehwal pelajar dan peraturan kampus. Selain itu, penganjuran sesi ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas dan penyelarasan daripada bahagian yang terlibat dengan penguatkuasaan peraturan.

Diakhir sesi ini TNC HEPA turut memberi peluang kepada hadirin untuk sesi soal jawab dan mengutarakan pemasalahan semasa di kampus. Besar harapan pihak kolej kediaman  sesi ini dapat menyelesaikan dan merungkai pemasalahan yang sering berlaku.

Cetak