PROGRAM DERMA DARAH ANJURAN HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH

KUALA NERUS, 9 Januari – Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) telah menganjurkan derma darah pada 9 Januari bertempat di Foyer Kolej Kediaman, Kampus Gong Badak.

Program dengan kerjasama Pusat Kesihatan Pelajar (PKP) ini turut menjalankan ujian saringan diabetes dalam kalangan pelajar dan staf yang hadir.

Timbalan Pengarah (Bahagian Kesihatan Pelajar) Dr Yusmina binti Mohd Yusof memberitahu, program ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dalam kalangan pengunjung dan perlu diteruskan dari semasa ke semasa.

Beliau turut memaklumkan, Program Derma Darah dan Kempen Kesedaran Pendermaan Organ anjuran HSNZ akan diadakan pada 25 Januari 2023 di tempat yang sama.

Besar harapan beliau agar program tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan khususnya dalam kalangan penghuni kolej kediaman.

Cetak