Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 Bagi Staf KKKP

KUALA NERUS, 12 Januari - Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 bagi Staf Kolej Kediaman & Kesihatan Pelajar (KKKP) telah diadakan pada 11 Januari 2023 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun, Kampus Gong Badak.

Majlis ini telah dihadiri seramai 40 orang staf dari kumpulan pelakanan serta pentadbiran dan turut diadakan secara atas talian bagi yang tidak dapat hadir dan berada di luar Kampus Gong Badak

Dr W Omar Ali Saifuddin Wan Ismail, Pengarah KKKP telah menyampaikan penghargaan kepada semua staf di atas kelancaran perjalanan urusan kerja dan program jabatan sepanjang tahun 2022.

Menerusi amanat tersebut, fokus utama terarah kepada penjimatan dan perbelanjaan secara berhemah bagi tahun 2023. Memandangkan peruntukan tahunan yang diterima semakin mengecil, perancangan yang teliti perlu dilakukan bagi memastikan peruntukan yang diterima adalah mengcukupi sehingga berakhirnya tahun ini.

Dikesempatan ini, beliau telah mengumumkan bahawa kos tanggungan rawatan bagi staf UniSZA di klinik panel yang dilantik telah dinaikkan memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Selamat Tahun Baharu 2023 kepada semua.

Cetak