Pendaftaran Asasi Sains dan Perubatan/Diploma Sesi 2022/2023

KUALA NERUS, 18 Ogos - Seramai 797 pelajar baharu peringkat diploma dan asasi telah mendaftar masuk ke kolej kediaman bagi Sesi Akademik 2022/2023.

Proses pendaftaran telah dilakukan secara bersemuka di dua buah lokasi yang ditetapkan mengikut jantina. Memandangkan negara masih dalam fasa peralihan ke endemik, pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat sentiasa menjadi keutamaan sepanjang proses pendaftaran bagi mengelak sebarang jangkitan wabak Covid-19.

Penolong Pendaftar, Wan Iylia Syaheera Wan Abd Aziz berkata, pihak kolej kediaman telah menyediakan kemudahan penginapan mencukupi yang sesuai dengan bilangan pelajar yang ditawarkan masuk ke UniSZA merangkumi empat buah blok bagi pelajar lelaki dan enam blok pelajar perempuan.

Beliau memaklumkan, jumlah kemasukan pelajar pada sesi ini  terdiri daripada 272 pelajar lelaki dan 525 pelajar perempuan.

Berkenaan harga makanan di kafetaria kolej kediaman, pelajar-pelajar tidak perlu merasa bimbang kerana semua kafetaria bersepakat menyediakan Menu Keluarga Malaysia dengan harga pakej RM3.50 di kesemua 12 buah kafetaria.

 

Cetak