Lawatan Penanda Aras Kolej Melati UiTM Shah Alam

KUALA NERUS, 19 Jun - Kolej Kediaman & Kesihatan Pelajar telah menerima kehadiran seramai 23 orang tetamu daripada Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK), Kolej Melati UiTM Shah Alam pada 4 Jun 2022 bertempat di Kampus Gong Badak.

Kunjungan tersebut yang merupakan sebahagian daripada program lawatan penada aras Kolej melati ke universiti-universiti di Terengganu telah disambut meriah oleh Pengarah Kolej Kediaman & Kesihatan Pelajar (KKKP), Dr W Omar Ali Saifuddin Wan Ismail serta Pengetua Kolej Kediaman, Prof. Madya Dr. Zulazhan Ab. Halim dengan diiringi Majlis Kolej Kediaman (MKK) dan Felo Kolej Kediaman.

Agenda lawatan tersebut telah dibahagikan kepada tiga slot sesi yang terdiri daripada sesi pengenalan, sesi santai bersama Pengarah KKKP dan diakhiri dengan lawatan di sekitar kawasan kolej kediaman. Pihak Pengurusan KKKP mengucapkan ribuan terima kasih atas lawatan tersebut yang telah berjawa mewujudkan percambahan idea sesama MKK UniSZA dan JPK Kolej Melati.

Cetak