Taman Mini Botani Kolej Kediaman B, Kampus Gong Badak

KUALA NERUS, 1 Jun - Majlis Kolej Kediaman (MKK) merupakan sebuah persatuan/kelab di bawah seliaan PejabatTimbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) yang di uruskan oleh Kolej Kediaman & Kesihatan Pelajar (KKKP).

Setelah hampir 2 tahun negara menghadapi Fasa Pandemik COVID-19 yang membataskan semua urusan harian untuk dijalankan seperti biasa. Kekangan pendemik ini juga dirasai oleh MKK dan menimbulkan masalah dalam menguruskan Taman Mini Botani di Kolej Kediaman B seperti biasa.

Pada awal tahun 2022 dengan bantuan pihak pengurusan KKKP, Felo Kolej Kediaman dan ahli MKK Taman Mini Botani telah  diusahakan semula dengan penanaman pelbagai jenis sayur-sayuran seperti lada, sawi, kacang benci, terung dan kangkung. Sayur-sayuran ini turut dijual kepada pihak pengusaha kafeteria, staf dan komuniti setempat.

Ini dapat membantu MKK untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang keusahawan dan secara langsungnya dapat meningkatkan tahap keyakinan diri yang tinggi dalam menjayakan sesebuah program.

Cetak