180 Warga Kolej Kediaman Pulang Menyambut Aidilfitri

Pulang raya 01 KUALA NERUS, 8 Mei - Seramai 180 pelajar dari Kampus Gong Badak, Kampus Perubatan dan Kampus Besut yang tinggal di kolej kediaman dan luar kampus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah berangkat pulang ke kampung halaman masing-masing malam ini.

Penghantaran pelajar ini menggunakan lima buah bas telah disediakan oleh pihak UniSZA dan pergerakan mereka adalah dari Kampus Gong Badak.

Kepulangan kumpulan pelajar ini dilakukan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.

Bas yang terlibat termasuk bagasi pelajar ini terlebih dahulu telah disanitasi dengan kerjasama pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus.

Dalam kegembiraan menyambut hari raya bersama keluarga dikampung, pihak Kolej Kediaman & Kesihatan Pelajar menasihatkan pelajar agar sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan diri dan mematuhi SOP agar terhindar dari jangkitan COVID-19.

 

Cetak