Program Derma Darah Tetap Rancak Di Bulan Ramadhan

   

KUALA NERUS, 5 Mei - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bulan ramadhan bukan penghalang penderma darah menjalankan tanggungjawab mereka membantu menambah bekalan darah Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Ini dibuktikan dengan sambutan menggalakkan dari kalangan pelajar dan staf yang memenuhi ruang legar foyer kolej kediaman pada 27 April 2021 untuk sama-sama menderma darah bagi membantu pesakit yang memerlurkan.

Menurut Unit Transfusi Darah HSNZ, bekalan stok darah negara perlu sentiasa mencukupi bagi menampung keperluan prosedur transfusi darah seperti pembedahan jantung, pemindahan organ, rawatan pesakit talasemia, haemofilia dan anemia yang memerlukan pemindahan darah

Disebabkan darah merupakan komponen yang penting dalam perawatan kesihatan, keperluan dan permintaan darah semakin meningkat berikutan hasil kemajuan teknologi perubatan dan peningkatan bilangan hospital kerajaan dan swasta.

Cetak