PKPP TIDAK MEMBANTUTKAN USAHA MENDERMA DARAH

Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dengan kerjasama Pejabat Kolej Kediaman UniSZA telah menganjurkan program derma darah selama dua hari pada 14 dan 15 Mac 2021 bagi menampung keperluan semasa Tabung Darah HSNZ dan telah dilangsungkan di Foyer Kolej Kediaman UniSZA.

Program yang berlangsung di Foyer Kolej Kediaman UniSZA ini menerima sambutan menggalakkan dari kalangan penuntut dan staf UniSZA walaupun negeri ini masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ekoran gelombang pandemik COVID-19.

Menurut laman rasmi Unit Tabung Darah HSNZ, di negeri Terangganu sahaja memerlukan sekurang-kurangnya 40 pain darah setiap hari sepanjang tahun bagi menampung keperluan darah.

Blood Bank akan menyimpan minima stok darah sebanyak penggunaan untuk seminggu. Contohnya jika penggunaan darah seminggu ialah 250 unit, maka Unit Tabung Darah akan memastikan bahawa stok darah semasa melebihi 250 unit. Ini bagi memastikan stok darah mencukupi untuk kegunaan kes-kes perdarahan kecemasan yang teruk.

Cetak