Warga UniSZA :   email  ico staff                          Ikuti Kami :   qrcode small   mobile2    Bantuan Pengguna

23 Kakitangan Sertai Konvoi Bermotosikal Merdeka Ride

KUALA NERUS, 16 September – Seramai 23 kakitangan Kolej Kediaman & Kesihatan Pelajar (KKKP) dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyertai konvoi bermotosikal KKKP Merdeka Ride sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Acara pelepasan peserta konvoi bermotosika inil telah  disempurnakan oleh Pengarah KKKP, Prof. Madya Dr. Mohd Shafiee Hamzah di hadapan pejabat kolej kediaman kampus Gong Badak pada jam 8.30 pagi.

Konvoi yang turut diiringi sebuah kenderaan  pacuan empat roda memulakan perjalanan dari Kampus Gong Badak menuju ke Kampus Besut sambil mengibarkan bendera jalur gemilang di sepanjang perjalanan sejauh 80 kilometer.

Menurut pengarah KKKP Merdeka Ride, Hasbullah Ismail, program konvoi ini diadakan bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik dan cintakan tanah air dalam kalangan peserta dan pelajar.

“Beberapa program telah diadakan di kampus Besut yang melibatkan penyertaan pelajar berbilang kaum iaitu senamrobik dan petandingan melukis poster bertemakan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.”

Katanya, turut berlangsung acara penyerahan bendera jalur gemilang yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Shafiee kepada wakil pelajar kampus Besut.

Cetak