Warga UniSZA :   email  ico staff                          Ikuti Kami :   qrcode small   mobile2    Bantuan Pengguna

Sumbangan Buah-Buahan Dan Sayur-Sayuran Kepada Pelajar

KUALA NERUS, 7 APRIL – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama FAMA Terengganu telah mengagihkan sumbangan berupa buah-buahan tempatan dan sayuran yang berjumlah 290 kg kepada pelajar-pelajar yang berada di kolej kediaman dan juga komuniti UniSZA sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Naib Canselor UniSZA, Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, sumbangan itu sedikit sebanyak menceriakan 150 penuntut yang masih berada di Blok Kediaman Penuntut UniSZA sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa 18 Mac lalu.

Buah-buahan dan sayuran seperti tembikai, nanas MD2, cili merah, keledek, labu manis, dan kacang panjang adalah merupakan sumbangan daripada FAMA Terengganu bersempena dengan program CSR dan kempen lebihkan makan buah-buahan dan sayuran-sayuran tempatan. 

Manakala sayuran bayam merah pula merupakan hasil tanaman daripada Taman Mini Botani yang diusahakan sendiri oleh pelajar di bawah kelolaan Majlis Kolej Kediaman (MKK) UniSZA. Sumbangan ini dapat membantu pengawalan diet yang seimbang dalam kalangan pelajar dan meningkatkan imunisasi badan.

Selain bayam, sayuran-sayuran seperti sawi, petola, cili merah, bendi, bayam, timun batang, kacang panjang dan terung juga ditanam di taman botani ini yang telah diusahakan oleh pelajar sejak bulan Februari yang lepas.

Dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, tidak menjadi halangan buat MKK UniSZA untuk meneruskan aktiviti perkebunan dengan mengikut tatacara yang ditentukan sepanjang pelaksanaan PKP demi memberi sumbangan kepada komuniti yang memerlukan.       

Cetak