UniSZA Staff :   email  ico staff                          Follow Us :   qrcode small   mobile2    Bantuan Pengguna

Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan Bermula

KUALA NERUS, 15 Februari – Kolej Kediaman & Kesihatan Pelajar dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor HEPA (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) dan Pusat Sukan telah menganjurkan sebanyak sebanyak empat siri  Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan kepada semua penghuni kolej kediaman bermula  14 Februari hingga 7 Mac 2020.

 Program ini dijalankan secara serentak di tiga buah kampus dengan matlamat untuk melahirkan mahasiswa holistik, sihat dari sudut fizikal dan mental.

Timbalan Naib Canselor HEPA, Profesor Dr Mohd Afandi Salleh berkata, program ini bertujuan meningkatkan tahap kecergasan seluruh warga universiti di samping melahirkan graduan yang sihat dari segi fizikal dan mental.

"Dengan adanya program ini, insya-ALLAH pihak universiti akan dapat memantau perkembangan kesihatan mahasiswa sepanjang tempoh pengajian mereka di UniSZA," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian UKJK di Dewan Gemilang, UniSZA di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ujian yang dilaksanakan termasuklah jangkauan melunjur, tekan tubi, bangkit tubi, lompat jauh berdiri serta larian sejauh 2.4 kilometer.

"UKJK bukan sahaja untuk memeriksa tahap kesihatan dan kecergasan, malah dapat memastikan mahasiswa UniSZA kekal cergas dan aktif sebelum, semasa dan selepas menjadi graduan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Program UKJK, Nor Faqid Idham Nasrul Nor Azali berkata, program itu menunjukkan keseriusan pihak UniSZA dalam merangka program berimpak tinggi kepada penuntut dalam memastikan mereka bukan sahaja cerdas dalam akademik, tetapi juga dari segi jasmani dan mental.

Print