Fitness Day : Amalan Gaya Hidup Sihat

Fitness Day 2KUALA NERUS, 22 November - Bersenam antara aktiviti wajar dilakukan setiap mahasiswa untuk memastikan tubuh lebih sihat dan membantu membakar kalori. Kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat ini antara elemen penting untuk melahirkan mahasiswa yang cemerlang dan aktif.

Menurut Ketua Penolong Pendaftar Kolej Kediaman & Kesihatan Pelajar, Hasbullah Ismail, memandangkan minggu peperiksaan bakal tiba, ramai dikalangan mahaiswa lebih suka berkurung di dalam bilik untuk mengulangkaji dan mengabaikan aspek kesihatan.

"Dengan penganjuran program senaman ini diharapkan dapat membantu mahasiswa untuk sentiasa aktif dan berada dalam kondisi tubuh yang sihat untuk menghadapi peperiksaan."

 Program mingguan yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 50 mahasiswa yang terdiri dari kalangan penghuni kolej kediaman Kampus Gong Badak.

Serentak dengan program senaman ini, majlis perasmian gimnasium kolej kediaman juga telah diadakan dan telah disempurnakan oleh Pengarah Kolej Kediaman & Kesihatan Pelajar, Prof. Madya Dr Mohd Shafiee Hamzah.

Pembukaan gimnasium ini diharap dapat menarik lebih ramai mahasiwa untuk bersenam dan menyahut seruan amalan gaya hidup sihat.

 

Cetak