Kursus Kecemerlangan Jati Diri Staf KKKP

Kursus Jati Diri 7SETIU, 25 November – Pejabat Kolej Kediaman & Kesihatan Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berjaya menganjurkan Kursus Kecemerlangan Jati Diri Staf Kolej Kediaman & Kesihatan Pelajar pada 20 hingga 23 November 2019.

Program selama empat hari ini telah berlangsung di Dewan Ibnu Khaldun, Kampus Gong Badak dan Kem Survival 1M4U UniSZA Merang, Setiu, Terengganu.

Kursus yang julung kali diadakan ini telah melibatkan staf dari Kolej Kediaman dan Pusat Kesihatan Pelajar yang telah digabungkan di bawah satu Pusat Tanggungjawab (PTj).

Seramai 32 orang peserta telah menghabiskan aktiviti yang telah diatur sepanjang kursus ini berlangsung. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mewujudkan individu yang bersemangat tinggi, daya tahan yang kuat, pemikiran yang kreatif serta berkeyakinan diri.

Selain itu, kursus ini akan dapat memupuk semangat berpasukan, setiakawan dan kerjasama dalam sesebuah organisasi. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang kursus ini berlangsung yang melibatkan aktiviti indoor dan outdoor. 

Antaranya adalah latihan dalam kumpulan, merempuah halangan, water confident, water jumping, jungle tracking serta treasure hunt. Kesemua aktiviti itu dijalankan dibawah penyeliaan pihak Pusat Pembangunan Holistik dan pelajar (PPHP), fasilitator dan urusetia.

Fasilitator dan penceramah yang dijemput adalah Pengarah Kolej Kediaman & Kesihatan Pelajar, Prof. Madya Dr. Mohd Shafiee Hamzah dan Pensyarah dari Fakulti Rekabentuk Inovatif & Teknologi, Dr W Omar Ali Saifuddin Wan Ismail. Turut dijemput khas adalah penceramah yang penuh dengan pengalaman, Salmonafiki Ibrahim.

        

        

Cetak