Warga UniSZA :   email  ico staff                          Ikuti Kami :   qrcode small   mobile2    Bantuan Pengguna

Taklimat Tatacara Penggunaan Dan Pengurusan Gimnasium

KUALA NERUS, 6 November - Seramai 25 orang peserta dari kalangan kakitangan kolej kediaman, felo serta wakil ahli Majlis Kolej Kediaman telah menghadiri taklimat tatacara penggunanan alat senaman dan pengurusan gimnasium bertempat di Dewan Ibnu Batuttah, Kampus Gong Badak.

Taklimat selama dua jam yang disampaikan oleh wakil pembekal peralatan gimnasium yang berpangkalan di Subang Jaya, Selangor ini turut dihadiri oleh kakitangan dari Pusat Sukan dan Rekreasi selaku pemerhati.

Objektif taklimat ini adalah untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada peserta berkenaan penggunaan peralatan senaman dengan betul dan asas pengurusan gimnasium.

Menurut Penolong Pengurus Asrama, Shaiful Akmal Saliman@Hamdan, perancangan untuk mewujudkan gimnasium di kolej kediaman telah dilakukan sejak dua tahun yang lepas dengan matlamat untuk mengalakkan penghuni kolej kediaman mengamalkan gaya hidup yang sihat dan tidak sekadar berkurung didalam bilik seandainya tiada kuliah.

"Taklimat ini dapat memberikan input berguna kepada pengurusan kolej kediaman untuk menguruskan gimnasium dengan betul selain memastikan tatacara penggunaan alatan senaman dilakukan dengan betul bagi mengelakkan terjadinya risiko kecederaan kepada pengguna."

Katanya lagi, buat seketika gimnasium ini tidak akan dibuka kepada pelajar sehingga kerja pemasangan penghawa dingin dan beberapa urusan penambahbaikkan selesai dilakukan demi memastikan keselesaan dan keselamatan penggunanya nanti.

Cetak