Warga UniSZA :   email  ico staff                          Ikuti Kami :   qrcode small   mobile2    Bantuan Pengguna

Lawatan Penanda Aras Kolej Kediaman UniMAP

KUALA NERUS, 4 November - Pada 29 Oktober yang lepas, delegasi dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah melakukan lawatan penanda aras ke Kolej Kediaman & Kesihatan Pelajar Kampus Gong Badak dengan tujuan untuk mempelajari dan menambahbaik sistem pentadbiran dan meningkatkan mutu perkhidmatan di kolej kediaman.

Diketuai oleh Ketua Penolong Pendaftar, Hasbullah Ismail , delegasi telah diberi penerangan ringkas berkaitan pentadbiran dan kemudahan yang disediakan sebelum diteruskan dengan sesi perbincangan secara dua hala.

Sebanyak 7 buah topik telah diketengahkan dalam sesi perbincangan yang merangkumi penyelenggaraan bangunan, pengurusan aktiviti dan pembangunan pelajar, denda, penjanaan pendapatan dan pengurusan sistem penginapan pelajar.

Mengakhiri sesi lawatan, pihak pengurusan telah membawa delegasi untuk Blok A untuk melihat kemudahan penginapan yang disediakan kepada pelajar dan seterusnya dibawa melihat kafeteria sebelum berangkat pulang.

Terdahulu delegasi seramai 28 orang yang terdiri daripada Pengetua, Timbalan Pengetua, Pengurus Asrama, Penolong Pengurus Asrama dan Pembantu Awam telah melakukan lawatan ke universiti jiran UniSZA pada sesi sebelah pagi.

Cetak