Warga UniSZA :   email  ico staff                          Ikuti Kami :   qrcode small   mobile2    Bantuan Pengguna

Gotong Royong Perdana Kolej Kediaman : Ganyang Aedes

Mahabbah 6KUALA NERUS, 1 November – Majlis Kolej Kediaman (MKK) telah menganjurkan program gotong royong perdana di dua buah lokasi berlainan secara serentak pada 19 Oktober bagi membasmi pembiakan nyamuk Aedes.

Pengarah Program, Najihah Mohd Nawi berkata lokasi yang dipilih bagi gotong royong ini adalah Taman Mini Botani Kolej Kediaman dan Masjid As Salam Batu Rakit.

"Gotong royong perdana ini diharap dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan mahasiswa serta komuniti tentang bahaya penyakit denggi yang merupakan ancaman terhadap kesihatan masyarakat.”

Beliau memberitahu bahawa MKK akan terus terlibat dengan program seperti ini kerana selain dapat mendidik mahasiswa tentang kebersihan, ia juga dapat mengeratkan hubungan antara warga kkolej kediaman dengan penduduk di kawasan yang terlibat"

Program yang mendapat kerjasama penuh dari Pejabat Timbalan Naib canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni serta Kolej Kediaman & Kesihatan Pelajar telah berjaya menarik penyertaaan lebih dari 200 peserta dari kalangan mahasiswa dan komuniti setempat.

      

Cetak