Perayaan Bahasa Menerima Sambutan Mengalakkan

KUALA NERUS, 6 Oktober - Majlis Kolej Kediaman (MKK) A telah mengadakan Perayaan Bahasa | Language Festivity 2019  pada 27 September bertempat di Kampus Gong Badak.

Program ini dianjurkan bertujuan untuk menjayakan perancangan strategik dalam merancang program yang melibatkan komuniti luar seiring dengan matlamat universiti untuk menjadi sebuah universiti yang mesra komuniti dan memfokuskan kepada penglibatan daripada ahli MKK.

Di samping itu juga, program ini merupakan satu sumbangan yang boleh diberikan oleh UniSZA kepada komuniti luar dalam sama-sama membangunkan kemenjadian para mahasiswa dan komuniti yang berada di luar universiti yang memfokuskan kepada pelajar sekolah menengah di sekitar negeri Terengganu yang mungkin akan menjadi aset UniSZA suatu hari nanti.

Program yang julung kali diadakan ini berjaya menarik penyertaan seramai 64 peserta dari 5 buah sekolah sekitar daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Penganjuran aktiviti dijalankan dalam bentuk santai dan menekankan kepada permainan ilmiah yang melibatkan tiga bahasa utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ustaz Zulkeefli Awang selaku Ketua Felo Kolej Kediaman UniSZA.

Cetak