UniSZA Staff :   email  ico staff                          Follow Us :   qrcode small   mobile2    Bantuan Pengguna

Karnival Mahabbah Berlangsung Meriah

Mahabbah 6KUALA NERUS, 6 Ogos -  Bermula 24 lalu sehingga 27 Julai lalu, kakitangan, felo dan ahli Majlis Kolej Kediaman (MKK) saling membantu untuk menganjurkan satu karnival yang bertujuan untuk menerapkan ilmu keusahawanan dalam diri penghuni kolej kediaman UniSZA dan komuniti setempat.

Karnival yang diberi nama Karnival Mahabbah ini secara tidak langsung telah memperkenalkan Universiti Sultan Zainal Abidin kepada masyarakat setempat melalui pelbagai pengisian aturcara yang bermanfaat.

Antara pengisian program yang menarik tumpuan masyarakat setempat dan mahasiswa/i UniSZA ialah program Derma Darah, Gotong-Royong, Ceramah Bicara Nurani dan juga Pameran daripada Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian dalam Negeri (KDN) Kuala Terengganu.

Projek yang diinspirasikan dari percambahan idea ahli MKK ini dilihat telah mencapai objektifnya dalam usaha menerapkan ilmu keusahawanan melalui penglibatan ramai pihak di gerai-gerai jualan yang disediakan.

Presiden MKK, Engku Mohammad Fadhli Engku Fauzi selaku pengarah Karnival Mahabbah Kolej Kediaman UniSZA telah berjaya menyusun atur tentatif program dengan baik. Sepanjang empat (4) hari Karnival Mahabbah berlangsung, setiap masa diisi dengan teratur melalui penganjuran pelbagai jenis program yang melibatkan penglibatan aktif daripada mahasiswa UniSZA.

Karnival Mahabbah yang bertemakan keusahawanan, sukarelawan dan kebudayaan antarabangsa ini juga telah berjaya merapatkan hubungan dan kerjasama antara MKK dengan pelajar daripada Universiti Bengkulu, Indonesia dan pelajar Turki melalui penglibatan mereka didalam aktiviti yang dianjurkan.

   

Sementara itu program ini juga dapat dilihat bahawa telah memeriahkan dan menghidupkan suasana Kolej Kediaman melalui pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan pada waktu siang dan malam.

Karnival pertama yang dianjurkan oleh ahli Majlis Kolej Kediaman ini telah berlangsung dengan jayanya dan diharapkan agar program-program yang telah dianjurkan akan terus berterusan demi melahirkan penghuni kolej kediaman yang holistik.    

    

  

Print