UniSZA Staff :   email  ico staff                          Follow Us :   qrcode small   mobile2    Bantuan Pengguna

Perubatan Alternatif Islam, Islamic Theraphy

KUALA NERUS, 6 Ogos - Minat untuk lebih memahami perubatan islam telah berjaya menarik kedatangan seramai 120 pelajar untuk mengikuti program ceramah bertajuk Islamic Theraphy, Perubatan Alternatif Islam.

Program ceramah bersempena dengan Karnvival Mahabah Majlis Kolej Kediaman 2019 telah disampaikan oleh Pensyarah Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengaian Kontemporari Islam UniSZA, Ustaz Mohd Shaifulbahri Abdullah bertempat di Foyer Kolej Kediaman pada 26 Julai 2019.

Ceramah yang disampaikan mengupas dengan lebih mendalam berkenaan perubatan Islam yang semakin mendapat perhatian masyarakat termasuk sebahagian bukan Islam yang mempercayai rawatan itu yang berteraskan kepada al-Quran dan Sunnah.

Walaupun perubatan Islam lebih sinonim bagi masyarakat kita sebagai rawatan yang menggunakan doa-doa ruqyah tetapi hakikat sebenarnya ia meliputi segala usaha dan ikhtiar termasuklah amalan terdahulu yang tidak bertentangan dengan hukum syarak.

Ia juga tidak hanya merawat penyakit-penyakit spiritual seperti gangguan sihir dan seumpamanya tetapi turut merawat penyakit-penyakit fizikal sebagai satu rawatan pelengkap atau komplementari kepada perubatan moden di hospital.

Mengakhiri ceramah, Ustaz Mohd Saifulbahri memberi cadangan agar tempoh masa ceramah dapat dipanjangkan atau program ini diadakan secara bersiri supaya lebih banyak input berguna dapat dikongsikan bersama pelajar.

Print