UniSZA Staff :   email  ico staff                          Follow Us :   qrcode small   mobile2    Bantuan Pengguna

Lawatan Penanda Aras Pengurusan Kolej Siswa UMT

Lawatan UMT 2019 2KUALA NERUS, 23 Julai 2019 - Sejajar dengan usaha untuk menambah baik pelaksanaan pentadbiran kolej, seramai empat orang kakitangan pentadbiran Kolej Siswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Kolej Kediaman UniSZA.

Diketuai oleh Pengetua Kolej, Dr. Nik Aziz Nik Ali, rombongan dari UMT ini turut disertai oleh Timbalan Pengetua Kolej Siswa Dalam Kampus, Dr. Che Wan Ida Rahimah Che Wan Ibrahim, Penolong Pengurus Asrama, Wan Nusrahizwah Wan Awang dan Penyelia Asrama, Siti Rabiatul Adawiyah Mohd Zin.

Lawatan penanda aras ini menjadi medan untuk membantu meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelajar di kedua-dua buah kolej kediaman disamping perkongsian idea bernas yang dapat membantu kedua-dua buah kolej mencapai matlamat untuk menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pelajar.

Sementara itu, rombongan berkenaan telah disambut mesra oleh Ketua Kesihatan Pelajar, Dr. Wan Mohd Razin bin Wan Hassan yang memangku tugas Pengarah Kolej Kediaman.

Sesi taklimat telah dikendalikan oleh Penolong Pendaftar Kanan, Mohd Rasyidin Ismail dan seterusnya rombongan telah dibawa melawat fasiliti kediaman di Blok E untuk melihat kemudahan penginapan bagi golongan pelajar kurang upaya (OKU).

   

Print