UniSZA Staff :   email  ico staff                          Follow Us :   qrcode small   mobile2    Bantuan Pengguna

Perjumpaan Ketua Aras/Rumah Bersama Pengarah

Perjumpaan Ketua Bilik 2KUALA NERUS, 3 Julai 2019 - Satu perjumpaan santai di antara Pengarah Kolej Kediaman UniSZA, Prof. Madya Dr. Mohd Shafiee Hamzah bersama lebih kurang 105 orang Ketua Aras dan Rumah telah berlangsung di Dewan Ibnu Khaldun, Kampus Gong Badak.

Perjumpaan yang julung kali diadakan ini menjadi medan untuk beramah mesra dengan wakil yang telah dilantik dan menerapkan nilai-nilai untuk membentuk adab, semangat patriotik dan sifat manusiawi dalam kalangan unit terkecil di dalam kampus.

Prof. Madya Dr. Mohd Shafiee dalam ucapannya berkata, menginap di kolej kediaman bukanlah sekadar untuk tidur semata-mata seandainya tiada aktiviti akademik tetapi ambillah peluang yang ada untuk menyertai program-program ilmiah dan riadah yang dianjurkan di dalam kampus.

Katanya lagi,  "Ustaz mahu pelajar-pelajar ini ada semangat patriotik, sayang kepada UniSZA walaupun setelah habis belajar nanti"

Perjumpaan yang turut dihadiri oleh Felo Kolej Kediaman ini diharapakan mampu menjadi titik permulaan kepada perancangan aktiviti yang berfaedah pada masa akan datang.

Print