Majlis Perasmian Taman Mini Botani Kolej Kediaman

Perasmian Taman Botani 16KUALA NERUS, 30 Jun -  Sejak 1 April lalu, kaiktangan, felo dan penghuni kolej saling berganding bahu untuk merealisasikan kewujudan taman mini botani pertama di kolej kediaman yang secara tidak langsung telah mencapai matlamat untuk mewujudkan persekitaran hijau dalam kampus.

Projek yang diinspirasikan dari percambahan idea ahli Majlis Kolej Kediaman UniSZA (MKK) dilihat mampu memupuk minat pelajar untuk berkebun dan dijadikan sebagai aktiviti riadah di masa lapang.

Presiden MKK, Engku Mohammad Fadhli Engku Fauzi berkata, tapak berkeluasan sekitar suku ekar itu  telah diusahakan dengan tanaman bendi, kangkung, cili, sawi, kobis, timun batang, bayam dan jagung.

"Kesibukan komitmen sebagai mahasiswa tidak membantutkan usaha memandangkan kami bergilir-gilir menjaga tanaman ini dengan bantuan kakitangan dan felo kolej kediaman. Buat permulaan, hasil yang dituai akan diagihkan kepada komuniti setempat"

Sementara itu dalam ucapan perasmian Taman Mini Botani Kolej Kediaman, Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, kejayaan projek taman ini akan menjadi pemangkin kepada projek tanaman berskala besar di masa akan datang.

Katanya lagi, pada masa akan datang pihaknya bercadang untuk menambah keluasan tanaman dan mempelbagaikan aktiviti pertanian iaitu perternakan ikan sangkar dan udang karang dalam sangkar.

      

Print