MAKLUMAN SEMPENA CUTI AKHIR SEMESTER 2

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA DAN DIPLOMA KOHORT BAHARU

 

  1. Cuti akhir semester 2,sesi 2018/2019 adalah mulai 31 Mei 2019 (Jumaat) hingga 7 September 2019 (Sabtu).
  2. Sebelum pulang siswa/i mestilah memastikan;
  3. Bilik dalam keadaan kemas dan bersih. Sebarang kerosakan,kekotoran dan kehilangan peralatan dalam bilik akan dikenakan denda. (Maksimun RM350.00)
  4. Siswa/i juga akan disenarai hitam daripada penginapan di kolej kediaman.
  5. Barang-barang hendaklah dibawa keluar dan tidak dibenarkan di tinggal di dalam bilik. Barang-barang yang ditinggal tersebut akan dibawa keluar atau dibuang kerana bilik-bilik berkenaan akan digunakan untuk penginapan pelajar baharu sesi 2019/2020 nanti.
  6. Kunci bilik mestilah dipulangkan ke pejabat kolej kediaman selewat-lewatnya hari 2 Jun 2019 (Ahad). Kegagalan memulangkan kunci berkenaan akan dikenakan denda.
  7. Stor penyimpanan barang tidak disediakan kerana ketiadaan bilik stor.
  8. Sebarang keperluan untuk tinggal di kolej kediaman pada masa cuti akhir ini tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran dan kelulusan daripada Pengarah  Kolej Kediaman UniSZA dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum cuti bermula.
  9. Bagi siswa/i yang mengikuti program semester pendek/khas, kemudahan bilik di kolej kediaman disediakan dengan syarat mestilah mendapat pengesahan daripada Fakulti masing-masing kepada pihak kolej kediaman.
  10. Pendaftaran kolej kediaman untuk semester pendek/khas akan dijalankan pada  22 Jun 2019 (Sabtu).
  11. Pendaftaran kolej kediaman untuk pelajar yang berjaya mendapat kolej kediaman untuk Semester 1, Sesi 2019/2020 akan dijalankan pada 7 September 2019 (Sabtu) mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang  bertempat di Foyer Pejabat Kolej Kediaman Kampus Gong Badak, Besut dan Perubatan.
  12. Untuk urusan pendaftaran kolej kediaman siswa/i diwajibkan membawa kad pelajar masing-masing.
  13. Pelajar yang gagal mendaftar pada masa dan tempoh ditetapkan akan dikira menolak dan  kemudahan bilik akan dibatalkan.
  14. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan pejabat kolej kediaman ditalian 09-6687740/8974/8975 (Kampus Gong Badak), 09-6993996/3997 (Kampus Besut).

 

Dikemaskini pada : 16 Mei 2019

Cetak