2324 Mahasiswa Menyertai Program IMPAK 2019

Impak 2019 1

Program Himpunan Perdana Kolej Kediaman 18/19 (IMPAK 2019) telah berjaya dianjurkan di Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS) dan Dewan Perdana UniSZA Kampus Gong Badak pada 28 januari 2019..

Seramai 2324 orang penghuni kolej kediaman telah menghadiri program yang julung kali dianjurkan ini yang turut disertai oleh kakitangan dan felo kolej kediaman.

Pengisian program yang dianjurkan oleh Pejabat Kolej Kediaman UniSZA ini meliputi solat maghrib dan isyak berjemaah, bacaan Yaasin serta terjemahannya dan diskusi yang membincangkan hasrat & cadangan penghuni untuk penambahbaikan Kolej Kediaman.

Tujuan dan objektif program ini dilaksanakan adalah untuk menyampaikan hasrat Pengarah Kolej Kediaman UniSZA yang baharu, Prof. Madya Dr. Mohd Shafiee Hamzah kepada penghuni Kolej Kediaman.

Antara hasrat beliau adalah untuk menjadikan kolej kediaman sebagai tempat untuk menimba ilmu, menyemai cinta, membina akhlak dan menjadikan kolej kediaman sebagai tempat yang akan sentiasa dikenang setelah tamat pengajian kelak.

Tambahnya, Kolej Kediaman juga akan menjadi tempat yang penuh memori serta menjalin persahabatan sebenar yang tiada penghujung.

“Kolej Kediaman yang cantik tidak bererti jika penghuninya tidak mempunyai akhlak yang cantik”, ujar beliau dalam ucapan yang disampaikan.

Cetak