Bengkel Pemantapan Staf Kolej Kediaman

Bengkel Pemantapan Staf 1

Bengkel Pemantapan Staf Kolej Kediaman telah berlangsung pada 3 Januari 2019 bertempat di Dewan Ibnu Rusyd. Dihadiri seramai 31 orang staf dari tiga buah kampus, bengkel ini merupakan pertemuan julung kalinya pengarah baharu, Prof. Madya Dr. Mohd Shafiee Hamzah bersama semua staf kolej kediaman.

Dengan objektif untuk memberi penerangan terperinci tentang bidang tugas dan memantapkan lagi struktur pentadbiran organisasi, bengkel itu telah dibahagikan kepada tiga slot yang dikendalikan oleh dua orang penceramah.

Slot pertama dikendalikan oleh Dr. Anas Mohd Yunus yang mengutarakan topik 'Kerja Itu Ibadah'. Dalam penyampaiannya, beliau memberi ingatan kepada peserta agar setiap kerja yang dilakukan mestilah kerana Allah.

Mengambil slot ke dua, Prof. Madya Dr. Mohd Shafiee  telah memberi penerangan berkaitan kerja berpasukan. Mengambil contoh pasukan bola sepak yang takkan mampu mencapai kemengan seandainya pemain disetiap posisi tidak memainkan peranan dengan berkesan.

Majlis penangguhan telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor HEPA, Prof. Madya Dr. Mohd Afandi Salleh bertempat di Dewan Ibnu Khaldun. Dalam ucapannya, beliau menyatakan rasa gembira dengan penganjuran bengkel ini yang dilihat mampu memberi perkembangan positif kepada gerak kerja.

Suka beliau mengingatkan bahawa kolej kediaman merupakan tempat untuk membentuk karakter atau identiti kepimpinan pelajar kerana kebanyakan masa berada di universiti lebih banyak dihabiskan di kolej kediaman berbanding di bilik kuliah.

Dikesempatan yang ada, sedikit penyampaian cenderahati telah disempurnakan oleh TNC bagi memberi penghargaan kepada mantan pengarah kolej kediaman, Prof. Madya Dr. Muhd Zaid Ismail yang terpaksa berehat kerana masalah kesihatan.

Bengkel Pemantapan Staf 2 Bengkel Pemantapan Staf 3 Bengkel Pemantapan Staf 4

Cetak