Jadikan Kolej Kediaman Zon Selamat Buat Mahasiswa

Jom SelamatProgram Jom Selamat Kolej Kediaman yang telah dijalankan pada 2 Ogos 2018 merupakan satu program yang berunsur pencegahan dan kecaknaan berkaitan keselamatan yang membabitkan kehidupan seharian mahasiswa dan mahasiswi yang menetap di kolej kediaman.

Bertempat di Speaker Corner Kafe Baru, antara aspek keselamatan yang disentuh adalah melibatkan kes kebakaran, banjir, kecurian, kejutan elektrik, dan masalah spritual,

Penerangan kaedah pengurusan keselamatan yang betul ketika berdepan situasi tidak dijangka telah disampaikan oleh Felo Kolej Kediaman, Hafiz Abdullah selaku penceramah jemputan.

Sebagai langkah keselamatan, beliau turut melakukan demontrasi seni pertahanan diri bagi mengajar peserta beberapa teknik asas untuk mempertahankan diri sekiranya diancam bahaya.

Cetak