Sport Day Kolej Kediaman 2018

Program Sports Day Kolej Kediaman yang telah dijalankan selama tiga hari bermula dari 20 Julai merupakan sebuah inspirasi Majlis Kolej Kediaman (MKK) UniSZA 2017/2018 dengan direncanakan bagi menggalakkan mahasiswa aktif dan hidup secara sihat dengan suatu perkara yang berfaedah.

Terdapat tiga jenis acara sukan telah dipertandingankan dalam program ini iaitu Bola Jaring, Bola Tampar dan Futsal yang melibatkan penyertaan penghuni kolej kediaman dan ahli MKK.

Mohd Aswan Mohd Amin yang merupakan Presiden MKK memberitahu, beberapa objektif penganjuran program telah digariskan untuk dijadikan panduan antaranya mencetus semangat mahasiswa bersukan dalam mengamalkan gaya hidup sihat serta melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja cerdas dan hebat dalam bilik kuliah namun cergas dan sihat di luar bilik kuliah.

 

Cetak