600 Pelajar Memeriahkan Hari Terbuka MKK 2018

Hari Terbuka MKK 2018 05Pada 18 Julai 2018, permuafakatan diantara tiga buah Majlis Kolej Kediaman (MKK) Kampus Gong Badak telah membuahkan hasil dengan kejayaan penganjuran program Hari Terbuka Majlis Kolej Kediaman 2018.

Bertempat di Speaker Corner Kafe Asrama Baru, program ini menerima sambutan yang mengalakkan dengan kehadiran hampir 600 orang penghuni kolej kediaman.

Program ini merupakan landasan terbaik untuk menunjukkan kecaknaan MKK terhadap kepentingan dan keselesaan penghuni kolej kediaman melalui perkongsian yang telah disampaikan oleh Pengarah Program, Nur Hasya Harun dari MKK B selaku tuan rumah.

Pameran kolej kediaman, permainan indoor dan cabutan bertuah merupakan antara aktiviti yang telah diadakan sepanjang program berjalan.

MKK turut membuka kaunter aduan dan cadangan sebagai tempat untuk penghuni menyuarakan masalah dan mengemukakan idea penambahbaikkan kolej kediaman.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Kolej Kediaman, Dr. Muhamad Zaid Ismail. Dalam ucapannya, beliau telah mengingatkan para pelajar agar memastikan setiap maklumat yang ingin disebarkan melalui media sosial disemak terlebih dahulu sebelum menyebarkannya untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.

Hari Terbuka MKK 2018 01   Hari Terbuka MKK 2018 04

Cetak