Tarbiyah Apabila Cintaku Berputik

Tarbiyah Cinta 3Bukti kecintaan kita kepada Rasulullah ada dengan berselawat ke atas baginda. Walau sesibuk manapun jadual seharian, pastikan jangan tinggal berselawat ke atas nabi.

Demikian merupakan intipati program ceramah yang telah diadakan pada pada 11 Julai bertempat di Speaker Corner Kafe Baru.

Pengarah Kolej Kediaman, Dr. Muhamad Zaid Ismail dalam ucapan alu-aluan menaruh harapan untuk menganjurkan lebih banyak program ceramah ilmiah yang berupaya memotivasikan pelajar.

Mengetengahkan tajuk 'Apabila Cintaku Berputik', program ini merupakan anjuran Pejabat Kolej Kediaman UniSZA dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) telah berjaya menarik kehadiran lebih 400 orang pelajar.

Ustaz Mohamad Mizan Mohd Nor selaku penceramah jemputan memberitahu, intipati ceramah yang disampaikan bakal menghidupkan kecintaan yang hakiki dan mendalam buat Pencipta.

Ibarat sirih pulang ke gangang, beliau merupakan bekas pensyarah Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) selama 3 tahun di bidang pengajian Al-Quran dan Tajwid sebelum bergerak secara profesional sebagai penceramah, pendakwah bebas dan perunding motivasi sepenuh masa.

Tarbiyah Cinta 2

Cetak