Sambutan Hari Raya Kolej Kediaman Meriah

Jamuan Raya 2018Majlis Sambutan Hari Raya Kolej Kediaman yang telah diadakan pada 5 Julai meriah dengan kehadiran hampir 200 orang tetamu.

Majlis yang bermula pada jam 11.00 pagi bertempat di Foyer Kolej Kediaman merupakan program tahunan anjuran Pejabat Kolej Kediaman UniSZA.

Penolong Pendaftar Kanan, Nor Suhazlina Sulong berkata, sambutan tersebut diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan di antara mereka dan juga kakitangan jabatan lain.

"Makanan yang disediakan merupakan hasil sumbangan daripada kakitangan sendiri. Mereka sama-sama menyumbangkan duit serta makanan bagi meraikan kemeriahan hari raya kali ini."

"Kita berharap agar program seperti ini juga akan diadakan setiap tahun pada masa akan datang," katanya ÿang ditemui pada Majlis sambutan hari raya tersebut.

Antara juadah yang disediakan adalah lemang, rendang, serunding, nasi minyak, laksa, mi kari, puding, koktel buah-buahan, kuih tradisional dan juga biskut tradisi raya.

Cetak