1166 Penghuni Baharu Kolej Kediaman

Pendaftaran Diploma 2018Seramai 1,166 penghuni baharu Diploma termasuk 83 pelajar program Asasi Sains dan Perubatan mendaftar masuk ke kolej kediaman untuk sesi 2018/2019 yang bermula pada 4 Jun 2018.

Penolong Pengurus Asrama Kanan, Alias Mat Amin berkata, jumlah penghuni calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendaftar masuk bagi mengikuti 25 jenis program pengajian Diploma yang ditawarkan oleh UniSZA adalah seramai 1083 pelajar.

Menurutnya, pihak Pejabat Kolej Kediaman telah menyediakan kemudahan penginapan mencukupi yang sesuai dengan jumlah pelajar merangkumi tiga buah blok bagi pelajar lelaki dan lima blok bagi pelajar perempuan.

Kesemua blok penginapan ini tidak melibatkan blok kolej kediaman lama memandangkan blok tersebut telah diperuntukkan bagi kemasukan pelajar Ijazah baharu pada bulan september nanti.

Alias berkata, jumlah kemasukan pelajar pada sesi kali ini adalah paling ramai iaitu terdiri daripada 741 pelajar perempuan dan 425 pelajar lelaki, mengatasi kemasukan pelajar pada sesi 2017/2018 yang seramai 1,046 pelajar.

Print