Mengamit Nostalgia Kampung Di Kampus Besut

nostalgia kampungProgram Nostalgia Kampung telah berlangsung selama dua hari bermula dari 6 hingga 7 April 2018 yang melibatkan 230 orang peserta terdiri daripada kalangan warga UniSZA.

Yus Amira Mohd Yusuf selaku Pengarah Program memberitahu, hari pertama program berlangsung pada jam 9.00 pagi dimulakan dengan aktiviti rewang. Aktiviti ini melibatkan semua peserta bergotong-royong menyiapkan makan tengahari yang mengetengahkan menu ikan aya singang, ikan selayang goreng, budu dan ulam-ulaman.

Acara explorace sukan tradisi yang disertai oleh 12 buah kumpulan memeriahkan program sebelah petang. Terdapat 6 checkpoint perlu diselesaikan dan kumpulan yang tiba awal ditempat penamat dikira sebagai pemenang.

Acara pada sebelah malam dinamakan sebagai malam tradisi dimana semua peserta diwajibkan memakai pakaian tradisi melayu. Antara menu yang disediakan pada malam tersebut adalah laksa penang, bubur caca, dan 7 jenis kuih muih tradisi melayu."

Hari terakhir program, pertandingan futsal kain pelekat telah dianjurkan. Peserta yang menyertai  program ini disyaratkan memakai kain pelekat bagi menonjolkan suasana kampung.

nostalgia kampung 1      nostalgia kampung 2      nostalgia kampung 4

Print