Program Tembila Raising Together

Tembila Raising Together

Majlis Kolej Kediaman Kampus Besut telah menganjurkan Program Tembila Raising Together bertujuan untuk mewujudkan nilai kasih sayang antara mahasiswa dengan menerapkan nilai-nilai Islam dan dalam masa yang sama mendedah serta memperbetulkan semula pandangan masyarakat bukan islam tentang hiburan. Hiburan tidak salah asalkan tidak berlebihan dan pengisian hiburan tidak melanggar syariat Islam.

Pengarah Program, Harini Harani memberitahu, program ini juga menggalakkan penglibatan kaum lain seperti cina, india dan lain-lain untuk menyertai pertandingan dan aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan bertujuan untuk menyatukan perpaduan dan keharmonian diantara mahasiswa, kakitangan serta masyarakat yang tinggal berhampiran.

Berlangsung selama tiga hari bermula dari 26 hingga  28 April 2018, antara pengisian program adalah jualan makanan dan pakaian di hadapan Dewan Serbaguna yang dikendalikan oleh mahasiswa dan komuniti luar.

Selain itu, tentatif program turut diisi dengan kursus pengurusan jenazah, tayangan video santai, explorace, ceramah dan cabutan bertuah kepada pembeli di gerai jualan yang anjurkan.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Mohd Suhaimi Abas selaku Ketua Unit Felo Kolej Kediaman Kampus Besut yang turut diselangi dengan persembahan nasyid yang disampaikan oleh kumpulan Harmoni.

Print