Minggu Penghayatan Islam 5.0 Kembali Lagi

MPI 5 1Meneruskan kesinambungan tahun-tahun sebelumnya, Majlis Kolej Kediaman (MKK) dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Kolej Kediaman UniSZA (JSKK) dan Pejabat Timbalan Naib Canselor HEPA menganjurkan kembali Minggu Penghayatan Islam (MPI).

Memasuki edisi ke-5, matlamat penganjuran program ini untuk memberi kesedaran, kefahaman dan melahirkan rasa cinta mahasiswa kepada majlis ilmu yang menjadi aktiviti harian di surau-surau yang terdapat di kolej kediaman. Selain itu, program ini menjadi medium untuk mendedahkan tentang isu-isu semasa yang berlaku pada hari ini sekaligus membuka minda mahasiswa tentang perkembangan dunia luar.

MPI 5 10Berlangsung selama empat hari bermula dari 29 Mac hingga 1 April di Kampus Gong Badak, beberapa pengisian menarik telah dipaterikan merangkumi 'sebuah forum bertajuk 'Belasungkawa: Kematian Yang Dicemburui' yang dilangsungkan di Dewan Auditorium, Bangunan Akademik. Intipati forum ini membincangkan tentang tanda-tanda kematian orang soleh dan juga sebagai penghargaan kepada Mantan Pengarah Kolej Kediaman, Almarhum Dr. Mohd Shahril Othman.

Selain aktiviti solat berjemaah, dua orang penceramah telah dijemput khas bagi menyampaikan kuliah istimewa yang mengetengahkan tajuk 'Ancaman Ideologi Moden Terhadap Akidah Islam' dan 'Bahaya LGBT dan Kesannya'. Acara sukaneka,  pertandingan poster, video dan penulisan turut dianjurkan bagi menambahkan kemeriahan selain pembukaan beberapa buah booth yang menawarkan aktiviti-aktiviti menarik kepada mahasiswa.

Program penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang telah diadakan di Dewan Ibnu Khaldun, Pejabat Kolej Kediaman. telah dirasmikan oleh pengarah baru kolej kediaman, Dr. Muhamad Zaid Ismail.

MPI 5 2 MPI 5 6 MPI 5 5 MPI 5 4

MPI 5 3 MPI 5 8 MPI 5 9 MPI 5 11

Print