MKK Menawan Puncak Bukit Keluang

Majlis Kolej Kediaman A dengan kerjasama Pejabat Kolej Kediaman UniSZA telah menganjurkan Let’s Get Healthy Programme bertempat di Bukit Keluang, Besut pada 26 April 2018.

Seramai 25 orang pelajar termasuk 3 orang felo telah menyertai program ini yang bertujuan untuk memupuk keberanian mahasiswa dalam menjayakan ekspidisi yang mencabar seperti aktiviti mendaki.

Sharifah Nurnadia Syed Nazli selaku Pengarah Program memberitahu, program ini diadakan bagi memupuk dan membentuk ukhuwah yang mantap sesama ahli Majlis Kolej Kediaman Kampus Gong Badak, serta pihak Kolej Kediaman.

“Hal ini kerana, setiap MKK perlu mengenali felo dan staf Kolej Kediaman lebih daripada mahasiswa lain kerana di Kolej Kediaman bukan sahaja mengutamakan nama organisasi tetapi hasil ataupun nilai dalam setiap aktiviti dan program yang dilakukan.”

“Di samping itu juga, program ini dapat mendidik pelajar agar sentiasa berbakti kepada alam semula jadi demi menjaga kelestarian bumi pinjaman Allah ini.”

Lets Get Healthy 6

Print