Duhai Anak Peliharalah Amanahmu

Kita semua ditaklifkan dengan pelbagai amanah dan tanggungjawab. Sebagai seorang hamba, kita mestilah mentaati setiap perintah yang telah ditetapkan serta menjauhi apa yang ditegah. Selain itu, nikmat kurniaan  seperti tangan, mata , telinga dan lain-lain haruslah digunakan dengan selayaknya iaitu dengan melakukan amal-amal soleh.

Tanggungjawab sebagai anak juga tidak harus dilupakan dimana selayaknya kita memikul amanah ibubapa yang mengharapkan kejayaan kita yang menuntul ilmu di universiti agar pulang dengan kejayaan.

Berikut merupakan petikan ceramah yang telah disampaikan penceramah jemputan dari Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Dr. Aman Daima Md. Zain. Mengetengahkan tajuk Antara Hamba dan Khalifah (Duhai Anak Peliharalah Amanahmu), program anjuran Majlis Kolej Kediaman B telah dilangsungkan di Foyer Kolej Kediaman Kampus Gong Badak pada 25 April 2018.

Menurut Nurul Ain Yahya selaku Pengarah Program, program ini dijalankan dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran mahasiswa umumnya akan amanah serta tanggungjawab mereka terhadap diri, keluarga dan masyarakat sekeliling selain menuntut ilmu di universiti.

"Saya berharap apa yg didengari dalam ceramah yang disampaikan dapat membantu mahasiswa dalam membina kembali semangat serta jati diri yang kukuh dalam mengharungi pelbagai cabaran kehidupan di samping membentuk akhlak mulia yang mampu dicontohi oleh orang lain."

Seramai 66 orang mahasiswa bersama barisan felo telah hadir untuk mengikuti ceramah yang telah disampaikan. Memeriahkan lagi majlis, persembahan nasyid penuh bertenaga telah disampaikan oleh kumpulan Ajyal sebagai simbolik kepada penutup program yang dijalankan.

ceramah duhai anak 05

Print