Fire Drill Pupuk Kesedaran Kepada Warga Kolej Kediaman

fire drill

Latihan kebakaran (Fire Drill) yang telah dijalankan pada 3 Mei 2018 di Kampus Gong Badak merupakan program tahunan Majlis Kolej Kediaman dengan kerjasama Pejabat Kolej Kediaman, Jabatan Keselamatan, Pusat Perubatan UniSZA dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu.

Pengarah Program, Muhammad Firdaus Muhammad Ariff, berkata tujuan latihan bencana kebakaran untuk memberi pendedahan serta kemahiran kepada kakitangan semua peringkat.

Menerusi latihan bencana sedemikian, beliau berkata, pihaknya memperoleh pengalaman yang dapat digunakan jika berlaku bencana sebenar yang memerlukan tindakan pantas untuk menyelamat mangsa.

Sementara itu, Penolong Pengurus Asrama, Alias Mat Amin, berkata latihan bencana kebakaran yang diadakan dapat memberi pengalaman berguna kepada penghuni kolej kediaman terhadap tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kejadian sebenar.

"Tindakan pantas dan cekap perlu dibuat dalam usaha menyelamatkan diri sendiri termasuk mangsa yang mengalami kecederaan. Silap tindakan mengundang kemalangan.

"Justeru simulasi bencana kebakaran perlu diadakan dari masa ke masa bagi memastikan semua penghuni kolej kediaman memiliki pengalaman untuk berhadapan kejadian sebenar," katanya.

Program telah dimulakan tepat jam 1.30 pagi dengan gimik loceng kecemasan dibunyikan dan kepulan dari dari sebuah bilik di tingkat 5 Blok L. Serentak dengan itu, kenderaan Rescue Team UniSZA dan ambulans masuk ke perkarangan blok bagi tugasan menyelamat.

Print