134 Mahasiswa Sertai Kursus Pra Perkahwinan

Alam perkahwinan tidak boleh dianggap sebagai satu percubaan tetapi merupakan kehidupan yang harus dilayari oleh pasangan suami isteri sehingga ke akhir hayat.

Bagaimanapun, akibat kurangnya ilmu pengetahuan  sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan maka ramai pasangan gagal mempertahankan rumah tangga menyebabkan meningkatnya statistik kes perceraian di negara ini.

Sehubungan dengan itu, Majlis Kolej Kediamn C (MKK C) telah menganjurkan Kursus Pra Perkahwinan Gerbang Sakinah yang berlangsung di Dewan Audi Blok Akademik Baru pada 13 hingga 14 April 2018.

Program dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) adalah program yang bermotifkan keagamaan serta kekeluargaan dan telah berjaya menarik penyertaan seramai 134 orang mahasiswa yang menyahut seruan awal kahwin.

Pengarah program, Engku Mohammad Fadhli Engku Fauzi menyatakan bahawa program ini secara keseluruhannya bertujuan untuk memastikan semua mahasiswa mempunyai sijil pra perkahwinan sebelum keluar dari universiti dan juga bertujuan sebagai persediaan awal untuk melangkah ke alam perkahwinan yang akan ditempuh kelak.

kahwin 02

Print