Minggu Cintai Sahsiah Islam 2.0 Kolej Kediaman D

Minggu Cintai Sahsiah Islam 01Minggu Cintai Sahsiah Islam 2.0 anjuran Lajnah Dakwah dan Tarbiah (UDATA), Surau Al-Amin dengan kerjasama Majlis Kolej Kediaman D telah berlangsung pada 11 hingga 16 Mac 2018 yang melibatkan semua penghuni berbilang bangsa dan agama di Kolej Kediaman D, Kampus Perubatan.

Ahmad Bazli bin Azemi selaku Pengarah Program menerangkan, penganjuran program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua pelajar beragama islam Fakulti Perubatan untuk mendalami kehidupan sebagai seorang muslim serta melibatkan penghuni kolej kediaman yang terdiri daripada penganut agama yang berbeza.

Tambahnya lagi, ia juga dijadikan medium untuk menyampaikan input yang berguna yang dapat diamalkan dalam kehidupan seharian secara berterusan di samping dapat meningkatkan motivasi untuk terus menjadi pelajar berdisiplin dan berakhlak mulia.

Antara pengisian program adalah Iftar Perdana dan slot ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan yang terdiri dari Ustaz Ahmad Sofwat Osman, Dr. Ahmed Sami Al-Qodsi, Prof. Madya Dr. Sharifah Norshah Bani Syed Bidin dan Ustazah Nor Asyikin Abdul Hamid.

Sebuah forum bertajuk Semanis Cinta Adam dan Hawa telah dilangsungkan di dataran Kolej Kediaman D dan telah disampaikan oleh Dr. Mohd. Shafiee Hamzah serta Ahmad Bazli Azemi selaku moderator. Majlis turut diserikan dengan persembahan qasidah dari kumpulan Hadi Ar- Rukhban.

Bertempat di Kampus Perubatan, aktiviti edaran barangan sumbangan berupa pakaian, minyak wangi, makanan dan butang badge telah dilakukan kepada mahasiswa perubatan dan tenaga kerja UniSZA.

Pada hari terakhir program telah berlangsung beberapa acara sukan, gerai jualan, gerai pameran serta cabutan bertuah dan seterusnya perasmian majlis penutup telah disempurnakan oleh Pensyarah Perubatan, Prof. Dr Harmy Mohamed Yusoff.

Senarai pemenang pertandingan:
Ping Pong
(Lelaki)
1. Raja Ahmad Huzaifi Raja Daud
2. Muhammad Syafiq Suzuki

(Perempuan)
1. Ribka Ong & Tan Jo Wen
2. Nurul Haziqah Mohammad Hazlan & Nur Aina Ab Wahab

Congkak
(Lelaki)
1. Muhammad Aminudin Mat Usri
2. Aiman Farhan Azaddin
3. Muhd Farid Hafiz

(Perempuan)
1. Atikah Azman
2. Asni Bahirah Abd Ghani
3. Hanisah Sazali

Dart Berkumpulan
(Lelaki)
1. Muhammad Izzat Rusli & Ahmad Shukri Mat Arshad & Nik Amirulfaris Wan Shamsudin
2. Wan Muhammad Aidil Syaizad Wan Ghazali & Ahmad Kamil Mohamed Nor & Ahmad Fakrul Radzi Kamaruddin
3. Muhammad Syafiq Suzuki & Chua Jian Yang & Cher Jin Xiang

(Perempuan)
1. Syarmin Amyza Ali & Noor Afifah Ismail & Nur Alissa Md Zain
2. Noor Faeza Fazlina Adnan , Wan Nur Masturah Hanun Wan Hassan & Nur Auniliyana Mohd Nordin
3. Atikah Azman & Wan Norsyahirah Wan Azmi & Asni Bahirah Abd Ghani

Imbangan Bola Takraw Dalam Bulatan
1. Raja Ahmad Huzaifi Raja Daud
2. Mohamad Syafiq Mohamad
3. Aizad Syadwan Abdul Rahim

Pertandingan Gambar Instagram
1. Ahmad Kamil Mohamed Nor
2. Fariza Idzni Mohd Juraimy
3. Muhammad Syafiq Suzuki

Minggu Cintai Sahsiah Islam 03  Minggu Cintai Sahsiah Islam 14  Minggu Cintai Sahsiah Islam 11  Minggu Cintai Sahsiah Islam 16

Print