Dr. Mohd Shahril Othman Meninggal Dunia

Al Fatihah

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّار

ِAssalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Dukacita dimaklumkan bahawa Pengarah Kolej Kediaman UniSZA, Dr. Mohd Shahril bin Othman telah kembali ke rahmatullah pada 22 Mac 2018, Khamis di Oman. Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung ketika sedang menunggu penerbangan untuk pulang ke Malaysia, sebaik selesai urusan penyelidikan di Arab Saudi bersama dua pensyarah lain.

Allahyarham telah berkhidmat di UniSZA bermula tahun 2008 dan telah dilantik menjadi Pengarah Kolej Kediaman pada 1 Februari 2014. Kehilangannya amat dirasai disaat kepimpinannya masih diperlukan untuk membawa Kolej Kediaman UniSZA jauh kehadapan.

Jasa, sumbangan, pengorbanan dan keringat yang telah dicurahkan oleh Allahyarham akan terus dikenang dan diharap menjadi saham kepada Allahyarham di akhirat.

Salam Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Sekian, terima kasih.

Print