Kejohanan Futsal Kolej Kediaman UniSZA 2018

futsal kk 2018 2

Kejohanan Futsal UniSZA 2018 yang dilangsungkan baru-baru ini telah menrima sambutan diluar jangkaan dimana sebanyak 22 buah pasukan telah mendaftar untuk mengambil bahagian yang terdiri dari 6 pasukan wanita dan 16 pasukan lelaki. Kejohanan anjuran Majlis Kolej Kediaman ini telah dilangsungkan selamar dua hari bermula pada 23 hingga 24 Februari bertempat di Gelanggang Futsal Kampus Gong Badak.

Saingan sengit dan sihat dapat dilihat sejak awal perlawanan bermula lagi hingga ke akhir perlawanan dimana setiap pasukan bertanding mempamerkan kekuatan dan strategi masing – masing bagi merebut gelaran juara.

Di perlawanan akhir, Pasukan Masdo FC telah muncul sebagai juara bagi kategori lelaki setelah menewaskan pasukan TGFT A manakala Pasukan GSFT mengungguli kategori perempuan dengan mengatasi cabaran FRITGIRL FT. Juara dan Naib Juara masing-masing membawa pulang hadiah berupa hamper, pingat dan sijil yang telah disampaikan oleh Mohd Hafiz Abdullah dan Mohamad Sobri Hamid selaku wakil Felo Kolej Kediaman.

Mohd Faris Osman yang bertindak sebagai Pengarah Program memaklumkan, kejohanan ini bertujuan untuk melahirkan para mahasiswa yang holistik yang seimbang daripada aspek akademik dan sukan.

Tambahnya lagi, program ini juga bermotif untuk membentuk para peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sebuah kumpulan. Hal ini kerana , futsal adalah salah satu sukan rekreasi yang memerlukan semangat toleransi, komunikasi, strategi, kemahiran fizikal dan mental yang cukup kemas ketika bermain.

Print