Program Derma Darah Kolej Kediaman Siri 1/2018

Derma Darah siri 1 2018 1Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dengan kerjasama Pejabat Kolej Kediaman UniSZA telah menganjurkan program derma darah selama dua hari bermula dari 4 dan 5 Januari 2018 bagi menampung keperluan semasa Tabung Darah HSNZ dan telah dilangsungkan di Foyer Kolej Kediaman UniSZA.

Program yang di Foyer Kolej Kediaman UniSZA ini sentiasa menerima sambutan yang menggalakkan dari kalangan penuntut dan staf UniSZA dimana kali ini, sebanyak 34 pain darah berjaya dikumpul pada hari pertama program dijalankan.

Menurut laman rasmi Unit Tabung Darah HSNZ, di negeri Terangganu sahaja memerlukan sekurang-kurangnya 40 pain darah setiap hari sepanjang tahun bagi menampung keperluan darah.

Blood Bank akan menyimpan minima stok darah sebanyak penggunaan untuk seminggu. Contohnya jika penggunaan darah seminggu ialah 250 unit, maka Unit Tabung Darah akan memastikan bahawa stok darah semasa melebihi 250 unit. Ini bagi memastikan stok darah mencukupi untuk kegunaan kes-kes perdarahan kecemasan yang teruk.

Sementara itu, pegawai perubatan yang mewakili Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Dr Suriyati Ghani berkata, stok darah di unit berkenaan masih mencukupi walaupun penggunaan sebanyak 40 hingga 50 pain sehari.

“Stok bekalan darah di HSNZ disokong oleh kempen dan program sebegini termasuk program kempen derma darah yang kita buat setiap hari di HSNZ.

Katanya, walaupun bekalan darah mencukupi, pihaknya masih berharap agar mereka yang layak menderma darah di tempat yang disediakan semakin bertambah.

Derma Darah siri 1 2018 2

 

Print