Kunjungan Kolej Kediaman Ke-5 Universiti Malaya

WhatsApp Image 2018 01 28 at 9.33.23 AMIsnin, 22 Januari 2018, Pejabat Kolej Kediaman dengan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan rombongan dari Kolej Kediaman Ke-5 Universiti Malaya (UM) atau dikenali juga dengan nama Kolej Kediaman Dayasari ke Kampus Gong Badak.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama yang dilakukan oleh pengurusan kolej kediaman dari UM ke UniSZA dan telah disertai seramai 22 orang kakitangan yang diketuai oleh Pengetua Kolej Kediaman Dayasari, Prof. Madya Dr Jal Zabdi Mohd Yusoff, Aliaa Diyana Azizuddin (Setiausaha) dan Haziq Ammar Hasim (Penolong Pengurus Asrama).

Lawatan sambil belajar ini dilakukan dengan objektif untuk berkongsi maklumat berkaitan pengurusan kolej dalam memantapkan lagi urusan pentadbiran di kedua-dua kolej disamping membincangkan beberapa isu yang boleh yang boleh membawa kebaikan bersama.

Diketuai oleh Pengarah Kolej Kediaman, Dr. Mohd Shahril Othman, rombongan telah diberi penerangan ringkas berkaitan pentadbiran dan kemudahan yang disediakan kepada penghuni sebelum rombongan dibawa melawat sekitar blok kolej kediaman.

Dalam ucapan penghargaan, Prof. Madya Dr Jal Zabdi Mohd Yusoff dengan sukacitanya menjemput  pihak pengurusan kolej kediaman UniSZA untuk melakukan lawatan balas ke UM bagi mengeratkan lagi hubungan disamping mengali ilmu baru yang dapat membantu kelancaran urusan di kolej kediaman.

 

Print