Strategi Menghadapi Peperiksaan

exam 1Musim peperiksaan yang menjelang tiba, pasti ada pelajar yang resah memikirkan kemampuan diri untuk menjawab kertas soalan apatah lagi memikirkan keputusan yang diperolehi bakal menentukan peluang kerjaya selepas tamat belajar.

Bagi membantu para pelajar menghadapi peperiksaan, Majlis Kolej Kediaman B telah menganjurkan ceramah yang membawa tajuk ‘Strategi Menghadapi Peperiksaan Dengan Cemerlang’ pada 22 Disember 2017 bertempat di Foyer Kolej Kediaman.

Pengarah Program, Nurul Aida Mohd Zahari melahirkan rasa teruja ekoran sambutan yang diberikan diluar jangkaan memandangkan ramai yang terpaksa berdiri sepanjang ceramah berjalan kerana kerusi yang disediakan telah dipenuhi.

Print