Solat Hajat Perdana Dan Bacaan Yassin

Solat Hajat 2017 2Kesinambungan dari program yang telah dianjurkan sebelum ini, Majlis Kolej Kediaman telah menganjurkan program ‘Solat Hajat Perdana dan Bacaan Yasin’ secara serentak di kesemua surau di Kampus Gong Badak pada 21 Disember 2017.

Nur Dahlila Mohd Nizam yang bertindak sebagai Pengarah Program memaklumkan, program ini merupakan kesinambungan dari program dianjurkan sebelumnya dan akan  terus dianjurkan setiap kali menjelangnya peperiksaan.

Ini sebagai salah satu persiapan dari aspek kerohanian kepada para pelajar bagi menghadapi peperiksaan.

Print