Anugerah Pemimpin Program Kolej Kediaman

azla aziera 1

UniSZA melalui Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) telah menganjurkan Malam Anugerah Kepimpinan Siswa UniSZA sesi 2016/2017 pada 19 Disember 2017 bertempat di Dewan Perdana UniSZA Kampus Gong Badak. Ini merupakan kali ke-5 UniSZA menganjurkan program anugerah kepada pelajar yang cemerlang dan aktif di kampus.

Objektif penganjuran program ini adalah memberi pengiktirafan kepada pelajar yang bergiat aktif dalam menggerakkan aktiviti-aktiviti pelajar. Disamping itu, tujuannya adalah memberi dorongan kepada pelapis-pelapis baru supaya mampu menjadi penggerak dan pemimpin yang berkaliber di masa hadapan dan menonjolkan bakat kepimpinan pelajar dalam bidang masing-masing dan sebagai ikon kepada mahasiswa/i lain.

Sebanyak 21 Anugerah dipertandingkan serta 3 Anugerah Khas Timbalan Naib Canselor HEPA turut diperkenalkan buat julung kalinya. Bagi Anugerah Pemimpin Program Kolej Kediaman, 4 orang calon telah dicalonkan oleh Pengarah Kolej Kediaman UniSZA iaitu Muhamad Shahrul Izzat Mat Sahid, Nur Aziera A’ala, Nur Aini Izzati Ibrahim dan  Khairul Husna Tuhirin.

Nur Aziera A’ala pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pemimpin Program Kolej Kediaman. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM500.00 beserta piala iringan dan sijil.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh oleh Setiausaha Politik Menteri Pendidikan Tinggi, YBhg. Datuk Haji Abd. Halim Jusoh. Turut hadir, Timbalan Naib Canselor HEPA, Prof Dr. Nik Wan Omar.

Pihak pengurusan Kolej Kediaman UniSZA merakamkan ucapan tahniah kepada calon-calon yang berjaya dan jutaan terima kasih kepada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) menjayakan malam anugerah ini.

Print